Korban Covid-19 di AS kini hampir 100,000


1,127 lagi kematian kerana Covid-19 semalam di AS, menjadikan jumlah korban wabak di negara itu kini mencecah 97,048. – Gambar AFP, 24 Mei, 2020.

AMERIKA Syarikat melaporkan 1,127 lagi kematian kerana Covid-19 semalam, menjadikan jumlah korban wabak di negara itu kini mencecah 97,048, menurut data dikeluarkan Johns Hopkins University dipetik AFP. 

AS juga secara rasminya melaporkan 1,621,658 kes Covid-19, lebih banyak berbanding mana-mana negara di dunia, menurut maklumat universiti itu setakat jam 8.30 malam semalam. 

Akhbar New York Times pula memperuntukkan ruangan penuh muka depannya hari ini untuk laporan korban wabak Covid-19 di AS.

Akhbar itu turut menamakan 1,000 nama mangsa terawal di AS yang dikumpulnya melalui pelbagai data dan maklumat rasmi untuk mengenang mangsa virus maut yang kini sudah menjangkiti lebih 5 juta orang di seluruh dunia. 

“1,000 orang di sini hanyalah 1% jumlah korban,”kata Editor Nasional Times Marc Lacey dalam rencana itu.

“Tiada sesiapa hanyalah angka (tidak penting).”

“Saya mahukan sesuatu yang bila orang tengok balik dalam masa 100 tahun lagi, mereka akan faham sengsara yang kita hadapi,” tulisnya lagi. – 24 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen