PROJEK pembinaan rel yang menghubungkan Subang Jaya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah berdepan dengan kelewatan, dengan RM142.75 juta peruntukan tidak dibelanjakan oleh Railway Asset Corporation (PAK).
Projek bernilai RM521.1 juta itu sepatutnya siap pada 20 Februari tahun lalu, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2 yang dikeluarkan hari ini.
Projek yang bermula pada Februari 2013, adalah sejauh 8.2km dari Subang Jaya-Batu Tiga ke Terminal Skypark, yang berhadapan Terminal 3 lapangan terbang itu.
Kementerian Pengangkutan menyelia projek, yang membabitkan pembinaan stesen, rel dan sistem elektrik dan elektronik.
“Keseluruhannya, audit yang dijalankan antara Oktober tahun lalu sehingga Januari mendapati objektifnya tidak tercapai berikutan kelewatan,” menurut laporan itu.
Dana peruntukan sebanyak RM142.75 juta disalurkan kepada PAK pada Januari masih belum dibelanjakan.
Laporan itu mengesyorkan keseluruhan RM142.75 juta dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan, butiran lebih lanjut akan dikeluarkan dan “tindakan tegas” akan diambil terhadap kontraktor terlibat.
Perunding pemeriksaan bebas Emenea Engineering Services San Bhd (EES),memecat jurutera kanan yang bertanggungjawab, menurut laporan itu.
EES dilantik menerusi rundingan terus dengan kos RM17.67 juta.
Projek berkenaan dijalankan oleh Consortium Skypark Link San Bhd-Lion Pacific Sdn Bhd, yag dilantik menerusi rundingan terus. – 27 November, 2017.
Komen