Salah lapor berita Covid-19, editor Myanmar dipenjara 2 tahun


Myanmar setakat ini mengesahkan 199 kes Covid-19 dengan tujuh kematian. – Gambar EPA, 22 Mei, 2020.

SEORANG editor berita Myanmar dihukum penjara dua tahun kerana salah lapor mengenai angka kematian akibat Covid-19 di negara itu, kata peguamnya hari ini.

Myanmar setakat ini mengesahkan 199 kes Covid-19 dengan tujuh kematian.

Ketua editor agensi berita Dae Pyaw, Zaw Ye Htet ditahan pada 13 Mei lalu, pada hari sama artikel salah mengenai angka kematian Covid-19 di Myanmar diterbitkan.

Artikel tersebut mendakwa satu kematian dilaporkan di negeri Karen. Negeri itu setakat ini hanya melaporkan dua kes Covid-19 dan tiada kematian.

Seminggu kemudian, iaitu pada 20 Mei, Ye Htet dibicarakan di mahkamah.

“Mahkamah negeri Karen menjatuhkan hukuman penjara di bawah Seksyen 505(b),” kata peguamnya, Myint Thuzar Maw.

Seksyen 505(b) adalah undang-undang sering dikenakan ke atas wartawan atau aktivis yang mengeluarkan kenyataan yang mencetus kebimbangan orang awam. – AFP, 22 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen