Dua tahun selepas siap, pusat pertanian RM52 juta tidak boleh digunakan


The Malaysian Insight

Bangunan CFFRC, yang siap dibina di Semenyih, Selangor pada Oktober 2015, juga gagal memenuhi indeks prestasi utama (KPI) untuk menghasilkan penyelidikan yang berpotensi untuk dikomersilkan.– Gambar Youtube, 27 November, 2017.

BANGUNAN utama pusat penyelidikan pertanian yang bernilai RM52 juta masih tidak boleh digunakan walaupun ia sudah siap sepenuhnya sejak dua tahun lalu. 

Dome 3, yang merupakan bangunan utama Pusat Penyelidikan Tanaman Untuk Masa Hadapan (CFFRC), kurang digunakan walaupun kos pembinaannya melebihi harga siling RM4,77 juta, menurut Laporan Ketua Audit Negara siri 2 yang dikeluarkan hari ini.

CFFRC, yang siap dibina di Semenyih, Selangor pada Oktober 2015, juga gagal memenuhi indeks prestasi utama (KPI) untuk menghasilkan penyelidikan yang berpotensi untuk dikomersilkan, menurut laporan itu. 

Dome 3, tidak boleh digunakan kerana kekurangan peralatan makmal dan kelemahannya masih diperbaiki walaupun tempoh jaminan bangunan itu sudah tamat. 

Jabatan itu berkata, ia merupakan siri kedua laporan 2016 yang menjelaskan aktiviti kementerian kerajaan terpilih, jabatan dan badan berkanun. 

“CFFRC mempunyai sasaran untuk menjadi sebuah pusat penyelidikan bagi tanaman yang tidak digunakan dan memperkembangkan sumber makanan negara, menurut jabatan itu berhubung projek yang dibangunkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. 

“Bagaimanapun, pelaksanaan keseluruhan CFFRC adalah tidak memuaskan,” menurut laporan itu.

Sebanyak RM119 juta telah diperuntukkan bagi projek yang mana RM52 juta adalah untuk pembinaan dan peralatan makmal, manakala RM63 juta adalah untuk kos pentadbiran selama tujuh tahun.

Antara kelemahan lain dalam projek ini ialah:

* Ia hanya mampu mendapat RM5.2 juta dalam geran penyelidikan pada 2015, atau 26% kurang daripada sasaran RM20 juta.

* bonus yang tidak sesuai dan bayaran perkhidmatan kepada perunding berjumlah RM770,000.

* RM10.18 juta perbelanjaan yang tidak diluluskan oleh Unit Perancangan Ekonomi (UPE) dan di luar skop kontrak Pusat Penyelidikan. 

* Tambahan RM690,000 terpaksa dibelanjakan untuk memenuhi Indeks Platinum Bangunan Hijau selepas gagal memenuhi syarat yang ditetapkan. – 27 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen