Syarikat produksi hasilkan iklan kreatif Hari Raya


Aminah Farid

Beberapa iklan kreatif sempena Hari Raya telah menarik perhatian rakyat Malaysia yang tidak dibenarkan pulang ke kampung akibat perintah kawalan pergerakan untuk mengekang penyebaran Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Mei, 2019.

SITUASI rakyat Malaysia tidak dapat pulang ke kampung menyambut Aidilfitri semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) dirakam secara kreatif oleh sebuah rumah produksi di Malaysia menerusi iklan Hari Raya mereka.

Dalam dunia norma baharu, produser dan pengarah ditugaskan membuat iklan tanpa melakukan penggambaran di set dan tanpa memberi panduan kepada kru bertindak secara langsung.

Ada yang perlu belajar kemahiran baharu untuk mengarah dan merakam secara maya sementara yang lain dengan cepat mengetahui mereka harus menyesuaikan diri, dipaksa oleh perubahan disebabkan pandemik Covid-19.

Pengarah iklan Ke Sana Ke Sini Raya oleh Vivo Malaysia, Nadiah Hamzah memberitahu The Malaysian Insight bahawa beliau membuat rakaman iklan dari jauh melalui Zoom, sebuah platform persidangan video.

“Terdapat banyak percubaan dan kesalahan yang berlaku dalam proses tersebut, bermula dari mencari peralatan, props dan memberi arahan kepada pelakon untuk belajar bagaimana mengarah dari jauh, bergantung sepenuhnya pada Zoom.  

“Nadiah berkata set yang memerlukan masa kurang setengah jam pada satu set filem biasa memerlukan tiga hingga empat kali lebih lama untuk dilakukan secara maya.

“Tidak ada sesiapa yang keluar dari rumah mereka, kami mengirimkan semuanya (props, lampu dan mesin asap) melalui Grab dan Lalamove,” katanya.

Menerusi video belakang tabir #RayaStyleLain di Youtube menunjukkan bagaimana Nadiah memberi arahan kepada pelakon menerusi Zoom.

Dia juga akan membimbing pelakon mengenai cara memasang kamera mereka di Zoom.

Video komersial #RayaStyleLain selama dua minit itu menampilkan seorang nenek yang menolak anak-anak dan cucunya bersiap bagi menyambut Hari Raya melalui panggilan video.

Video tersebut menyaksikan sebuah keluarga mengenang kekacauan dan kegembiraan sambutan Hari Raya yang lalu di mana setiap ahli keluarga berada di bawah tekanan yang tinggi untuk mematuhi standard ketua keluarga.

Rakaman itu menerapkan nilai-nilai tradisional kebersamaan keluarga dan usaha kolektif dalam menyediakan barangan keperluan serta makanan lazat semasa sambutan Hari Raya.

Kisah itu bagaimanapun berakhir dengan cara berbeza kali ini dengan menunjukkan bagaimana Hari Raya disambut secara berbeza, jauh dari keluarga tanpa mengurangkan suasana dan semangatnya. – 23 Mei, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen