KORONAVIRUS sudah meragut sekurang-kurangnya 329,799 nyawa sejak wabak pertama kali muncul di China pada Disember lalu, menurut perkiraan daripada sumber rasmi yang dikumpul AFP pada 1900 GMT Khamis.
Sekurang-kurangnya 5,049,390 kes koronavirus didaftarkan di 196 negara dan wilayah. Dari jumlah tersebut, sekurang-kurangnya 1,867,800 kini dianggap pulih.
Jumlah jangkitan hampir dua kali ganda berbanding 2,513,117 sebulan yang lalu pada 21 April.
Amerika Latin khususnya menyaksikan peningkatan pesat dalam jumlah kes, yang sebahagian besarnya didahului Brazil.
Sejak 1900 GMT Rabu, terdapat 4,563 kematian baharu dan 106,338 kes baharu direkodkan di seluruh dunia. Negara dengan jumlah kematian baharu tertinggi adalah Amerika Syarikat (AS) dengan 1,280 kes, Brazil 888 dan Mexico 424 kematian.
Jumlah menggunakan data yang dikumpulkan oleh AFP daripada pihak berkuasa negara dan maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mungkin hanya mencerminkan sebilangan kecil jumlah jangkitan yang sebenarnya.
Sebilangan besar negara hanya menguji kes-kes simptomatik atau yang paling serius.
AS kekal sebagai negara dengan jumlah kematian tertinggi yang secara keseluruhan berjumlah 93,863 daripada 1,562,714 kes. Sekurang-kurangnya 294,312 orang diisytiharkan pulih.
Selepas AS, negara paling teruk dilanda adalah Britain dengan 36,042 kematian daripada 250,908 kes, Itali dengan 32,486 daripada 228,006 kes, Perancis 28,215 kematian dan 181,826 kes, dan Sepanyol dengan 27,940 kematian serta 233,037 kes.
China - tidak termasuk Hong Kong dan Macau - setakat ini mengisytiharkan 4,634 kematian dan 82,967 kes. Ia mempunyai 78,249 kes yang pulih.
Negara dengan kadar kematian tertinggi adalah Belgium, dengan 79 kematian bagi setiap 100,000 penduduk, diikuti Sepanyol dengan 60, Itali 54, Britain 53 dan Perancis 43.
Eropah secara keseluruhannya menyaksikan 170,776 kematian daripada 1,963,531 kes, AS dan Kanada 100,087 kematian dan 1,643,991 kes, Amerika Latin dan Caribbean 34,049 kematian dengan 617,811 kes, Asia 13,183 kematian daripada 401,458 kes, Timur Tengah 8,519 kematian daripada 315,935 kes, Afrika 3,057 kematian daripada 98,237 kes, dan Oceania 128 kematian daripada 8,435 kes. – AFP, 22 Mei, 2020.
Komen