MEREKA yang ditahan cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung bukan hanya akan diarahkan untuk patah balik oleh polis tetapi turut akan dikenakan denda, kata Ismail Sabri Yaakob mengenai laporan ada cubaan orang ramai untuk pulang berhari raya.
Menteri Kanan berkata pemandu akan dikenakan denda serta-merta di sekatan jalan raya.
“Kami mahu memastikan rakyat tahu bahawa kerajaan serius dalam hal merentas negeri ini.
“Kami mendapati ada seorang wanita yang merentas negeri disahkan positif Covid-19. Jadi tidak ada lagi kompromi mengenai hal ini,” katanya pada sidang media harian kementerian di Putrajaya hari ini.
Sejak pagi ada laporan mengenai kesesakan lalu lintas dan ribuan orang ramai cuba pulang ke kampung walaupun perintah kawalan pergerakan bersyarat masih dikuatkuasakan.
Star Online melaporkan aliran lalu lintas dari ibu kota menuju ke utara dan selatan Lebuhraya PLUS sudah mula perlahan hari ini menjelang cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri pada hujung minggu ini. – 21 Mei, 2020.
MENYUSUL
Komen