Pembelian 49% saham PetroSaudi Oil Services meragukan, kata saksi


Bede Hong

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi hadir di Mahkamah Tinggi hari ini sebagai saksi perbicaraan kes 1MDB membabitkan Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 21 Mei, 2020.

URUS niaga 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada 2012 yang sepatutnya untuk menukar AS$2.23 billion (RM6.7 billion) dalam bentuk nota Murabahah menerusi pembelian ekuiti 49% pegangan saham dalam PetroSaudi Oil Services Ltd (PSOSL) adalah meragukan, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika memberi keterangan berkata terdapat ketirisan dalam laporan urus niaga yang bertujuan untuk mendapatkan semula wang 1MDB dari perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi International (PSI). PSOL merupakan anak syarikat PSI.

Shahrol ketika disoal balas peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah bersetuju dengan laporan audit oleh firma perakaunan Deloitte bahawa tiada dokumen yang membuktikan PSOL adalah unit 1MDB walaupun memiliki saham 49%.

Shahrol memberitahu mahkamah, lembaga pengarah 1MDB juga tidak pernah melihat dokumen yang membuktikan kedudukan kewangan PSOSL atau penasihat umum 1MDB Jasmine Loo permah melihat akaun PSOSL yang telah diaudit. Loo telah melarikan diri dari pihak berkuasa.

Saksi itu menambah, beliau sendiri tidak pernah melihat dua kapal penggalian minyak PSOSL, Discoverer dan Saturn. – 21 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen