LEBIH 100 pekerja di sebuah kilang sembelihan di barat Perancis disahkan positif Covid-19, kata pihak berkuasa kesihatan semalam.
Kes dilaporkan selepas jangkitan dikesan di kilang daging bukan hanya di Perancis, tetapi juga di Jerman, Sepanyol, Australia, Amerika Syarikat (AS) dan Brazil.
Pihak berkuasa kesihatan wilayah ARS dalam satu kenyataan berkata 109 pekerja diuji positif di rumah penyembelihan di Cotes d’Armor susulan ujian gelombang kedua dijalankan.
Ujian membabitkan 818 orang di kilang tersebut.
Menurut kilang itu, Kermene, ia membekalkan daging dan produk berasaskan daging ke pasar raya E.Leclerc. – AFP, 21 Mei, 2020.
Komen