Lebih 325,000 maut akibat Covid-19 di seluruh dunia


Pandemik Covid-19 telah menjangkiti 4,943,050, orang dan meragut 325,232 nyawa di 196 negara sejak Disember. – Gambar AFP, 21 Mei, 2020.

LEBIH 325,000 orang maut di seluruh dunia akibat Covid-19 sejak virus itu mula dikesan di China pada Disember tahun lalu, menurut data yang dikumpul oleh AFP.

Tiga perempat daripada jumlah itu direkodkan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Menurut data yang dikumpulkan dari sumber rasmi, pandemik Covid-19 telah menjangkiti 4,943,050, orang dan meragut 325,232 nyawa di 196 negara. Sekurang-kurangnya 1,827,200 orang pulih.

Angka yang dikumpulkan daripada data pihak berkuasa dan maklumat Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) itu mungkin hanya sebahagian kecil daripada jumlah sebenar jangkitan.

Kebanyakan negara hanya menjalankan ujian Covid-19 bagi kes yang serius.

AS mencatat jumlah kematian tertinggi di dunia iaitu seramai 92,583 orang. Negara itu sehingga kini merekod 1,539,633 kes dan seramai 289,392 pesakit telah pulih.

United Kingdom (UK) berada di belakang AS dengan 35,704 daripada 248,293 Covid-19 yang disahkan. Ini diikuti Itali yang mencatat 32,330 kematian daripada 227,364 kes, Perancis (28,132 kematian daripada 181,575 kes) dan Sepanyol (27,888 kematian daripada 232,555 kes).

Sejak 1900 GMT semalam, sebanyak 4,951 kematian dan 94,820 kes baharu Covid-19 dilaporkan di serata dunia.

AS melaporkan 1,404 kes kematian baharu, diikuti Brazil (1,179) dan UK (363).

Negara dengan kadar kematian tertinggi ialah Belgium, iaitu 79 kematian bagi setiap 100,000 penduduk, diikuti Sepanyol (60), Itali dan UK (masing-masing 53) dan Perancis (43).

China – tidak termasuk Hong Kong dan Macau – setakat ini mengisytiharkan 4,634 kematian dan 82,960 kes. Seramai 78,241 pesakit telah pulih.

Eropah mencatatkan keseluruhan 169,674 kematian daripada 1,944,258 kes, AS dan Kanada (98,674 kematian daripada 1,619,714 kes, Amerika Latin dan Caribbean (32,422 kematian daripada 583,045 kes), Asia (12,941 kematian daripada 387,127 kes), Timur Tengah (8,420 kematian daripada 306,715 kes), Afrika 2,973  kematian daripada 93,772 kes) dan Oceania 128 kematian daripada 8,426 kes). – AFP, 21 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen