VIRUS koronavirus setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 320,255 orang sejak muncul kali pertama di China pada Disember tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 4,850,670 kes jangkitan dilaporkan di 196 negara dan wilayah. Daripada jumlah itu, 1,770,500 dianggap pulih.
Jumlah yang dikumpulkan daripada data pihak berkuasa dan maklumat Pertubuhan Kesihatan Dunia, mungkin hanya sebahagian saja daripada jumlah sebenar jangkitan.
Kebanyakan negara hanya menjalankan ujian saringan terhadap kes paling serius.
Dalam tempoh 24 jam lalu, 4,242 kematian dan 90,108 kes baharu dilaporkan, dengan kebanyakan yang maut dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) iaitu 1,305, Brazil 674 dan Britain 545.
AS juga negara dengan kematian paling ramai iaitu 91,179 daripada 1,519,986 kes. Sekurang-kurangnya 283,178 pulih.
Britain negara kedua kematian tertinggi iaitu 35,341 daripada 248,818 kes. Ia diikuti dengan Itali 32,169 kematian dan 226,699 kes, Perancis 28,022 kematian dan 180,809 kes sementara Sepanyol 27,778 kematian dan 232,037 kes.
Negara dengan kadar kematian tertinggi ialah Belgium, dengan 79 kematian bagi setiap 100,000 penduduk, diikuti Sepanyo dengan 59, Itali 53, Britain 52 dan Perancis 43.
China – tidak termasuk Hong Kong dan Macau – setakat ini mengisytiharkan 4,634 kematian dan 82,960 kes. Ia melaporkan 78,241 kes pulih.
Eropah mencatatkan keseluruhan 168,394 kematian dan 1,927,826 kes, AS dan Kanada 97,175 kematian dan 1,599,056 kes, Ameria Latin dan Caribbean 30,677 kematian dan 551,473 kes, Asia 12,695 kematian dan 376,867 kes, Timur Tengah 8,320 kematian dan 297,381 kes, Afrika 2,866 kematian daripada 89,659 kes dan Oceania 128 kematian daripada 8,414 kes. – AFP, 20 Mei, 2020.
Komen