LEBIH 9,000 kes baharu Covid-19 diumumkan di Rusia hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan di negara itu mencecah hampir 300,000.
Pihak berkuasa berkata 9,263 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Jumlah terkumpul kes Covid-19 di Rusia kini 299,941, yang kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS).
Kes baharu yang dilaporkan hari ini masuk hari keempat berturut-turut di bawah 10,000. Angka kes baharu yang disahkan semalam, iaitu bawah 9,000 kes, adalah yang pertama sejak awal Mei.
Sebanyak 115 kematian akibat Covid-19 yang direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan di Rusia sehingga kini 2,837 kes.
Pengkritik ragu-ragu terhadap angka rasmi kematian, mendakwa jumlah yang dilaporkan jauh lebih rendah dari angka sebenar. – AFP, 19 Mei, 2020.
Komen