SEJENIS ubat yang dipercayai boleh mengubati jangkitan virus Covid-19 kini sedang dibangunkan di sebuah makmal di China.
Virus yang mula dikesan di negara itu pada Disemnber tahun lalu sebelum menular ke seluruh dunia itu telah menyebabkan saintis berlumba-lumba menghasilkan ubat dan vaksin.
Ubat yang sedang dalam kajian di Peking University itu bukan sahaja mampu memendekkan tempoh penyembuhan bagi pesakit yang dijangkiti Covid-19 tetapi juga memberi kekebalan jangka pendek daripada virus itu, kata penyelidik.
Sunney Xie, pengarah Pusat Inovasi Lanjutan untuk Genomi Beijing, berkata ubat berkenaan setakat ini berjaya melepasi ujian ke atas haiwan.
“Apabila kami suntik antibodi peneutral kepada tikus yang dijangkiti virus, jumlahn virus berkurang dengan nisbah 2,500 selepas lima hari.
“Bermakna ubat ini mempunyai kesan terapeutik,” kata Xie.
Ubat yang dibangunkan itu menggunakan antibodi peneutral yang dihasilkan oleh sistem imun manusia untuk mencegah virus menjagkiti sel, yang pasukan penyelidik Xie asingkan daripada darah 60 darah pesakit yang sembuh.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal saintifik Cell dua hari lalu mencadangkan penggunaan antibodi sebagai “rawatan” untuk jangkitan Covid-19 dan memendekkan tempoh penyembuhan.
Xie berkata pasukannya bekerja siang dan malam mencari membangunkan ubat berkenaan. Tambah beliau, ubat itu dijangka siap hujung tahun ini.
“Perancangan untuk ujian klinikal sedang dibuat,” katanya, sambil menambah ia akan dijalankan di Australia dan negara lain susulan kes jangkitan Covid-19 di China sudah berkurangan.
“Diharapkan antibodi peneutral ini akan menjadi ubat yang dapat menghentikan pandemik ini.” – AFP, 19 Mei, 2020.
Komen