Putrajaya sita RM600,000 aset Riza Aziz


Bede Hong

Kerajaan sita RM600,000 wang tunai daripada anak tiri Najib Razak, Riza Aziz sebagai sebahagian daripada penyelesaian dicapai dalam kes pengubahan haram yang ditarik balik minggu lalu. – Gambar fail AFP, 19 Mei, 2020.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu kerajaan menyita kira-kira RM600,000 wang tunai daripada anak tiri Najib Razak, Riza Aziz sebagai sebahagian daripada penyelesaian dicapai dalam kes pengubahan haram yang ditarik balik minggu lalu.

Riza antara responden dalam keluarga Najib yang disasarkan dalam tuntutan sama pelucutan hak difailkan Putrajaya bernilai RM680 juta pada 17 Mei, 11 Jun dan 2 Ogos, 2018.

Antara barangan yang akan disita daripada Riza ialah RM537,000 wang tunai, £2,700 (RM14,370) dan rupee Sri Lanka 2,870,000 (RM67,172), kata timbalan pendakwa raya pada perbicaraan dalam pengurusan kes hari ini.

Ia susulan Mahkamah Sesyen sebelum ini melepaskan tanpa membebaskan Riza daripada lima pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Bhd sebanyak AS$248 juta.

Menerusi persetujuan untuk pendakwaan itu digugurkan, Riza akan mengembalikan AS$107 juta. – 19 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen