Jumlah kes Covid-19 Brazil ketiga tertinggi di dunia


Jumlah kematian akibat Covid-19 yang dicatatkan di Brazil pula adalah yang keenam tertinggi di dunia. – Gambar EPA, 19 Mei, 2020.

BRAZIL merekod jumlah jangkitan Covid-19 ketiga tertinggi di dunia, menurut angka rasmi yang dikeluarkan semalam.

Negara itu kini mengatasi Britain, Sepanyol dan Itali dalam tempoh 72 jam yang lalu. Amerika Syarikat (AS) berada di kedudukan pertama dengan 1.5 juta kes, diikuti Rusia (290,000).

Sebanyak 254,220 kes Covid-19 disahkan setakat ini di Brazil, dengan 16,792 kematian. Jumlah kematian yang dicatatkan adalah yang keenam tertinggi di dunia.

Bagaimanapun, jumlah kes yang dilaporkan di Brazil sebenarnya mungkin jauh lebih tinggi.

Negara Amerika Selatan itu mempunyai 210 juta penduduk. – AFP, 19 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen