Amerika rekod lebih 90,000 kematian akibat Covid-19


Kereta kuda membawa keranda mangsa Covid-19 menuju tapak perkuburan Melrose di Brockton, Massachusetts. Brockton antara lokasi paling teruk terjejas akibat virus itu. AS mencatatkan lebih 90,000 kematian setakat ini. – Gambar EPA, 19 Mei, 2020.

AMERIKA Syarikat (AS) semalam melepasi jumlah 90,000 kematian, korban koronavirus dan 1.5 juta kes positif, menurut Johns Hopkins University.

Baltimore mendaftarkan 10,000 kematian dalam tempoh hanya seminggu.

AS menjadi negara yang paling banyak kematian dan kes jangkitan tetapi beberapa negara – termasuk Belgium, Sepanyol, Britain, Itali dan Sweden – merekodkan lebih banyak kes kematian per kapita, menurut laman web statistik Worldometer.

New York merekodkan satu pertiga daripada kematian di AS akibat Covid-19, dengan lebih 28,300 kes jangkitan, menurut Johns Hopkins.

Negeri itu melaporkan 22,700 kematian tetapi jumlah itu tidak termasuk mereka yang mungkin ada kaitan dengan virus berkenaan, tetapi tiada pengesahan rasmi.

Menjelang 6 Jun, kematian di AS mungkin mencecah 112,000 orang, menurut analisis  Universiti Massachusetts.

Hampir 11.5 juta ujian saringan dijalankan di AS, menurut Johns Hopkins – dan kira-kira 272,000 pesakit pulih daripada virus itu.

Pandemik Covid-19 membunuh lebih 316,000 orang di seluruh dunia sejak kemunculan kali pertama di China, hujung tahun lalu. – AFP, 19 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen