47 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 44 kes pulih, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya, data terbaru itu menjadikan jumlah kes terkumpul Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,941.
Jelasnya, daripada 47 kes baharu hari ini, 21 adalah kes import manakala 26 adalah kes jangkitan tempatan.
Manakala, 5,615 orang sudah pulih daripada virus itu, menjadikan kadar pulih wabak di negara ini adalah 80.9%.
“Buat masa sekarang, terdapat 13 pesakit dalam ICU, enam daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Menurut Dr Noor Hisham lagi, tiada kematian dilaporkan kerana Covid-19 sejak 24 jam lalu menjadikan jumlah korban wabak kekal 113 orang. – 18 Mei, 2020.

Komen