Taiwan pertimbang pendekkan tempoh kuarantin pelancong perniagaan


Taiwan setakat ini tidak melaporkan kes baharu Covid-19 selama sembilan hari berturut-turut. – Gambar EPA, 17 Mei, 2020.

TAIWAN mempertimbangkan untuk mengurangkan tempoh kuarantin kepada pelancong perniagaan sebaik mereka tiba di negara ini, kata Menteri Kesihatan, lapor agensi berita pusat. 

Menteri Kesihatan Chen Shih-chung pada Sabtu berkata rundingan sedang dilakukan untuk membuka sempadan Taiwan kepada aktiviti perniagaan dan perdagangan. 

Taiwan setakat ini tidak melaporkan kes baharu Covid-19 selama sembilan hari berturut-turut.

Antara langkah itu ialah mengurangkan tempoh kuarantin lima atau tujuh hari berbanding 14 hari sebelum ini.  

Pelancong perniagaan yang tidak menunjukkan gejala selepas hari terakhir kuarantin dibenarkan meneruskan lawatan selama dua hingga tiga hari, kata Chen.

Bagaimanapun, tempoh kurantin 14 hari masih diwajibkan kepada mereka yang masuk ke Taiwan atas urusan lain, sama ada warganegara atau warga asing. – Bernama, 17 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen