ANGKA pesakit Covid-19 yang pilih kini berjumlah 80.81% daripada jumlah kes, dengan 59 orang pulih dan keluar dari hospital setakat tengah hari ini.
59 orang itu menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 dan dibenarkan keluar wad ialah 5,571 orang.
Manakala sebanyak 22 kes positif Covid 19 dicatat hari ini menjadkan ia angka ketiga terendah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac.
Sebelum ini direkodkan angka kes positif Covid-19 kedua terendah iaitu sebanyak 17 kes pada semalam dan kes pertama terendah sebanyak 16 kes pada 12 Mei lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 22 kes baharu hari ini, lima adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 17 merupakan penularan tempatan yang melibatkan sembilan warga asing.
“Oleh itu, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,894 dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,210 kes,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 hari ini.
Tidak ada kematian dilaporkan hari ini dan kekal pada jumlah 113 kes. – 17 Mei, 2020.
Komen