KENYA semalam menutup sempadannya dengan Somalia dan Tanzania ekoran peningkatan jangkitan Covid-19 rentas sempadan, kata Presiden Uhuru Kenyatta.
Kenyatta berkata 43 orang yang menyeberangi sempadan baru-baru ini antara kes yang didiagnosis minggu ini, lapor agensi berita Anadolu.
Beliau turut mengumumkan perintah berkurung dilanjutkan selama 21 hari lagi.
Pemandu kenderaan kargo yang memasuki Kenya wajib menjalani ujian saringan Covid-19 dan hanya akan dibenarkan masuk jika keputusan ujian negatif.
Kenya setakat ini mencatatkan 830 kes jangkitan dan 50 kematian.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, 78 pemandu trak asing didapati positif Covid-19 dan tidak dibenarkan masuk. – Bernama, 17 Mei, 2020.
Komen