MKN sedia SOP untuk anjur liputan media, kata Ismail Sabri


Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata penganjur perlu memastikan kawasan liputan mempunyai tanda penjarakan dan ruang untuk media. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Mei, 2020.

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) akan mengeluarkan garis panduan untuk penganjur melakukan persediaan sebelum menjemput pihak media membuat liputan, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

“MKN akan menyediakan SOP atau garis panduan kepada penganjur yang mahu menjemput media membuat liputan majlis mereka,” kata beliau pada sidang media harian perkembangan Covid-19 hari ini.

Baru-baru ini, media dikecam netizen kerana gagal mematuhi penjarakan sosial ketika membuat liputan solat Jumaat di Masjid Negara.

Ismail sebelum ini berkata penganjur perlu memastikan kawasan liputan mempunyai tanda penjarakan dan ruang untuk media.

Beliau juga berkata perlu ada had liputan untuk sesetengah majlis memanggil sejumlah kecil media jika diadakan di ruangan yang sempit. – 17 Mei, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen