JUMLAH rampasan dadah seludup ke penjara di Australia meningkat mendadak sejak wabak Covid-19 melanda negara itu.
Pihak berkuasa mengesan bahan terlarang itu disimpan dalam surat, kad dan lukisan kanak-kanak bagi mengelak dikesan.
Penjara New South Wales berkata pihaknya merampas 135 surat yang mengandungi dadah pada bulan April meningkat beberapa kali ganda berbanding purata 22 kes sebulan pada 2019.
Awal bulan ini pegawai penjara menemukan dadah yang disembunyikan dalam lukisan kanak-kanak.
“Staf berasa pelik apabila mendapati lukisan itu mempunyai tekstur yang berbeza,” kata penjara itu.
Dadah juga ditemukan dalam kad ucapan dan sampul surat selain dilontar dari luar melepasi tembok penjara menggunakan bola tenis dan botol minuman.
Tiada laporan sama ada wabak maut itu merebak di penjara Australia.
Negara itu mencatatkan lebih 7,000 kes dengan 98 kematian. – AFP, 17 Mei, 2020.
Komen