Kematian akibat Covid-19 di Brazil melebihi 15,000


Petugas kesihatan Brazil memindahkan mayat seorang gelandangan yang maut akibat Covid-19 di Rio de Janeiro.– Gambar EPA, 17 Mei, 2020.

JUMLAH kematian akibat Covid-19 di Brazil pada Sabtu melebihi 15,000 manakala jumlah kes jangkitan direkodkan melebihi 230,000 menjadikan ia negara kelima mencatatkan kes tertinggi di dunia.

15,633 kematian direkodkan berbanding 233,143 jumlah kes di negara itu.

Presidennya Jair Bolsonari sebelum ini menganggap wabak itu hanya “selsema biasa”.

Brazil kini merupakan pusat jangkitan wabak berkenaan di Amerika Latin.

Pandemik itu sudah meragut hampir 310,000 nyawa di seluruh dunia. – AFP, 17 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen