Rusia catat 119 korban Covid-19


Rusia lebih bersedia dengan menyediakan katil dan menjalankan ujian saringan bagi mengekang virus tersebut. – Gambar EPA, 16 Mei, 2020.

RUSIA mencatatkan angka kematian tertinggi akibat Covid-19 walaupun kes jangkitan makin menurun dalam tempoh dua minggu lepas.

Rusia berada di belakang Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kes paling banyak di dunia dengan 272,043 kes.

Sebanyak 9,200 kes baharu dicatatkan di Rusia pada Sabtu, angka terendah sejak 2 Mei.

Namun korban wabak itu dalam tempoh 24 jam lepas paling tinggi dicatatkan dengan 119 kematian.

Jumlah keseluruhan kematian di Rusia akibat Covid-19 adalah 2,537, lebih rendah berbanding negara lain yang mempunyai jumlah kes yang rendah.

Pegawai kesihatan Rusia berkata antara sebab jumlah korban itu rendah adalah kerana hanya kematian yang disahkan berpunca akibat virus itu direkodkan.

Selain itu, Rusia lebih bersedia dengan menyediakan katil dan menjalankan ujian saringan bagi mengekang virus tersebut. – AFP, 16 Mei, 2020.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen