SPRM masih berbohong tentang Riza Aziz, kata Tommy Thomas


Thomas meletak jawatan sebagai Peguam Negara pada 28 Februari selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang ekoran konflik dalaman. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Mei, 2020.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus berbohong dengan mendakwa Tommy Thomas merupakan sebahagian perjanjian yang menyaksikan Riza Aziz dilepaskan tanpa bebas daripada dakwaan pengubahan wang haram, kata bekas Peguam Negara itu.

Thomas berkata walaupun beliau telah membetulkan kenyataan media SPRM pada 14 Mei lalu menerusi media, tetapi agensi antirasuah itu masih berpegang dengan kenyataan pertama mereka.

“Ini amat mengejutkan kerana SPRM meneruskan pembohongan selepas kebenaran ditunjukkan kepada mereka.

“SPRM sebenarnya tahu bahawa perenggan terakhir kenyataan media (yang pertama) menyebut ‘perjanjian antara pihak pendakwaan dengan tertuduh dipersetujui bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas’ adalah tidak benar,” kata Thomas dalam satu kenyataan.

Thomas meletak jawatan sebagai Peguam Negara pada 28 Februari selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Beliau berkata adalah tidak adil mengaitkan beliau dengan keputusan dalam kes melepaskan Riza.

Riza dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 14 Mei selepas didakwa atas kes pengubahan wang haram

Anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak itu dilepas daripada lima pertuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

Thomas berkata ia merupakan keputusannya untuk mendakwa Riza pada 5 Julai tahun lalu.

“Ini bertentangan dengan kredibiliti bahawa jika dakwaan mereka (SPRM) mempunyai asas fakta, ini bermaksud bahawa saya mengambil keputusan untuk menggugurkan pendakwaan terhadap Riza pada atau sebelum 28 Februari, tetapi keputusan saya hanya dilaksanakan di mahkamah dua setengah bulan selepas itu.” – 10 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen