MALAYSIA terus mencatat lebih banyak kes pulih Covid-19 hari ini dengan 88 orang dibenarkan keluar dari hospital berbanding 36 kes baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Malah katanya tiada kematian yang direkodkan hari ini.
Jumlah keseluruhan pesakit yang pulih kini berjumlah 5,439 sementara jumlah kes sebanyak 6,855.
Dari 36 kes yang dilaporkan hari ini, satu adalah kes import.
Seramai 14 orang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan lima memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes kematian keseluruhan berjumlah 112 orang. – 15 Mei, 2020.
Komen