Kelonggaran perjalanan rentas negeri untuk bujang belum dapat diberikan


Kerajaan belum beri kelonggaran kepada golongan bujang untuk pulang ke kampung, melakukan perjalanan rentas negeri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Mei, 2020.

LARANGAN melakukan perjalanan merentas negeri masih dikuatkuasakan walaupun sebelum ini kerajaan ada memberi kelonggaran kepada suami isteri yang duduk berjauhan untuk melakukan perjalanan itu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun kerajaan menyedari ramai yang merindui keluarga terutama golongan bujang, namun kelonggaran masih belum dapat diberikan untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Kerajaan membenarkan suami isteri yang duduk berjauhan itu melakukan perjalanan  rentas negeri di atas faktor kemanusiaan kerana ada anak-anak yang dua bulan tidak bertemu ibu bapa masing-masing.

“Peraturan itu masih diteruskan, tidak ada pengecualian kepada sesiapa… masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) walaupun orang bujang.

“Sabar sedikit kalau sampai masanya ada kelonggaran itu, kami longgarkan, setakat ini tiada kelonggaran lagi, peraturan sama sedang dilaksanakan hari ini,” katanya dalam sidang akhbar harian mengenai PKPB hari ini. – Bernama, 15 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen