200 juta penduduk Afrika boleh dijangkiti Covid-19


Walaupun kebanyakan negara di benua Afrika pantas mengambil langkah membendung penularan Covid-19, penyelidik memberi amaran sistem kesihatan yang lemah akan menjejaskan usaha ini, kata menurut model kajian WHO yang diterbitkan hari ini. – Gambar AFP, 15 Mei, 2020.

PANDEMIK Covid-19 boleh meragut 150,000 nyawa di Afrika dalam tempoh setahun jika tiada tindakan segera diambil, menurut model kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Penyelidik dalam Jurnal BMJ Global Health yang diterbitkan hari ini berkata hampir satu perempat penduduk dunia akan dijangkiti Covid-19.

Menurut jurnal itu juga, jangkitan virus itu di Afrika diramalkan lebih rendah berbanding bahagian lain di dunia seperti Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, walaupun kebanyakan negara di benua Afrika pantas mengambil langkah membendung penularan Covid-19, penyelidik memberi amaran sistem kesihatan yang lemah akan menjejaskan usaha ini.

Kajian dijalankan ketika pandemik Covid-19 menyebabkan darurat kesihatan di negara-negara membangun yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah dan masih bergelut dengan penyakit kronik lain.

Pakar di pejabat WHO di Afrika meramalkan 47 negara di benua itu termasuk Djibouti, Mesir, Libya, Maghribi, Somalia, Sudan dan Tunisia terdedah kepada jangkitan Covid-19.

Seramai 231 juta atau 22 peratus daripada 1 bilion penduduk di Afrika dijangka dijangkiti dalam tempoh 12 bulan. Kebanyakan daripada mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala atau hanya bergejala ringan. – AFP, 15 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen