BERIBU kubur digali di Santiago, Chile ekoran kes jangkitan Covid-19 naik mendadak di negara Amerika Selatan itu, kata pihak berkuasa semalam.
Peningkatan kes memaksa kerajaan mengeluarkan perintah berkurung di ibu negara Chile yang mempunyai 7 juta penduduk mulai hari ini.
Sehingga minggu lalu, sebanyak 350 hingga 500 kes dilaporkan di negara itu. Pada Rabu, sebanyak 2,6000 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam, dan jumlah hampir sama dicatat semalam.
“Dengan apa yang berlaku ketika ini, kami sedar banyak kubur perlu digali,” kata seorang pengurus tanah perkuburan, Rashid Saud.
Sebanyak 2,000 kubur digali sebagai persediaan susulan 368 orang maut akibat pandemik Covid-19 sejak 3 Mac lalu di Chile.
“Kami tidak mahu mengelak seperti yang berlaku di negara lain yang menggali kubur besar, negara yang mayat bergelimpangan di jalan raya, mereput dalam trak. Kami mahu menghidarinya,” kata Saud. – AFP, 15 Mei, 2020.
Komen