70 kes pulih, 40 kes baharu Covid-19


Noel Achariam

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 di Kampung Bharu, Kuala Lumpur.– Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Mei, 2020.

SEJUMLAH 70 pesakit Covid-19 pulih dan didiscaj dari hospital, melebihi jumlah kes baharu yang dilaporkan iaitu 40 kes, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkata, 5,351 telah pulih daripada virus itu manakala jumlah kumulatif kes adalah 6,819.

Beliau berkata, daripada 40 kes baharu, 31 melibatkan warga asing manakala selebihnya adalah warga tempatan.

“Kini, terdapat 16 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, empat daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata satu kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 112.

Beliau berkata, mangsa merupakan lelaki berusia 39 tahun yang mempunyai masalah jantung dan lumpuh selepas terbabit dalam kemalangan jaan raya pada awal tahun ini.

Katanya, pesakit terbabit meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan.– 14 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen