Jepun cadang tarik balik perintah darurat di 39 wilayah


Anggota polis menjalankan rondaan di Tokyo selepas negara itu menguatkuasakan darurat berikutan penularan Covid-19.– Gambar EPA, 14 Mei, 2020.

KERAJAAN Jepun hari ini mahu menarik balik perintah darurat di kebanyakan wilayah, kecuali Tokyo dan beberapa pusat bandar utama.

Perdana Menteri Shinzo Abe awal bulan ini melanjutkan perintah darurat di seluruh negara seheingga hujung bulan ini.

Susulan penurunan mendadak kes Covid-19 di negara itu, kerajaan Jepun bercadang untuk menarik balik perintah di 39 daripada 47 wilayah.

Menteri Jepun yang bertanggungjawab bagi isu Covid-19, Yasutoshi Nishimura, telah mengadakan rundingan dengan barisan pakar mengenai langkah pertama yang perlu diambil untuk menarik balik perintah darurat.

“Ada penurunan kes-kes baharu pada pertengahan Mac, kami fikir sudah tiba masanya menarik balik perintah darurat,” katanya, merujuk kepada 39 wilayah terbabit.

Media tempatan melaporkan perintah darurat masih kekal di lapan wilayah termasuk Tokyo dan Osaka, tetapi ada juga laporan menyebut kerajaan akan menilai semula pada 21 Mei ini. 

Abe dijadual akan mengadakan sidang media lewat hari ini bagi menjelaskan langkah penarikan semula perintah darurat.

Perintah itu memberi kuasa untuk gabenor mengeluarkan arahan supaya orang ramai berada di rumah dan menutup sekolah serta perniagaan. Bagaimanapun namun tiada hukuman dikenakan ke atas mereka yang ingkar.

Sekolah di kebanyakan tempat di Jepun ditutup sebelum perintah dikuatkuasakan pada 7 April di Tokyo dan enam wilayah sebelum dilaksanakan diseluruh negara.

Sebanyak 16,000 kes jangkitan Covid-19 disahkan di Jepun dengan 687 kematian setakat ini.

Angka kes baharu turun baru baru ini, dengan 55 kes dilaporkan semalam. Hanya 10 kes dilaporkan di Tokyo.– AFP, 14 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen