Covid-19 ragut lebih 294,000 nyawa di seluruh dunia


AS mempunyai jumlah keseluruhan kematian tertinggi di dunia iaitu 83,249 daripada 1,380,465 kes jangkitan Covid-19. – Gambar EPA, 14 Mei, 2020.

SERAMAI 294,199 orang maut akibat Covid-19 sejak virus itu dikesan di China pada Disember tahun lalu, menurut angka yang dikumpul AFP setakat 1900 GMT semalam.

Sekurang-kurangnya 4,305,340 kes jangkitan disahkan di 195 negara dan wilayah. Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 1,473,700 pulih.

Angka yang dikumpul AFP diperolehi daripada pihak berkuasa negara dan maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mungkin hanya sebilangan kecil dari jumlah jangkitan yang sebenarnya.

Banyak negara hanya menguji kes yang paling serius.

Sepanjang 24 jam semalam, 5,157 kematian daripada 82,643 kes baharu Covid-19 direkodkan. Kebanyakan kes kematian dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) iaitu 1,599, diikuti Brazil (881) dan Britain (494).

AS juga mempunyai jumlah keseluruhan kematian tertinggi di dunia iaitu 83,249 daripada 1,380,465 kes jangkitan. Sekurang-kurangnya 230,287 disahkan pulih.

Britain di tempat kedua dengan jumlah keseluruhan 33,186 kematian daripada 229,705 kes. Ini diikuti Itali dengan 31,106 kematian daripada 222,104 kes; Sepanyol 27,104 kematian daripada 228,691 kes dan Perancis (27,074 kematian daripada 178,060 kes).

China - tidak termasuk Hong Kong dan Macau - setakat ini melaporkan 4,633 kematian dan 82,926 kes. Seramai 78,120 orang pulih.

Eropah melaporkan 160,846 kematian daripada 1,802,322 kes; AS dan Kanada 88,638 kematian dan 1,452,661 kes; Amerika Latin dan Caribbean mencatat 23,120 kematian dan 405,864 kes; Asia 11,207 kematian dan 318,732 kes; Timur Tengah mencatat 7,814 kematian dan 246,834 kes; Afrika 2,448 kematian daripada 70,612 kes; dan Oceania 126 kematian daripada 8,316 kes. – AFP, 14 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen