Kes baharu naik 2 kali ganda, 2 kematian


Malaysia melaporkan 37 kes baharu Covid-19 hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Mei, 2020.

MALAYSIA hari ini melaporkan 37 kes baharu Covid-19, naik dua kali ganda berbanding 16 kes dilaporkan semalam.

Kes pulih pula sebanyak 58 kes, berkurangan berbanding 110 kes semalam.

Data terbaru itu menjadikan jumlah kes Covid-19 setakat hari ini adalah 6,779 dengan kes pulih sebanyak 5,281.

Dua kematian turut dilaporkan sejak 24 jam lepas, membawa kepada jumlah korban wabak di Malaysia kini seramai 111 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah yang mengumumkan jumlah kes terbaru itu hari ini berkata, daripada 37 kes, empat adalah kes jangkitan import.

“Enam belas orang dimasukkan ke unit rawatan rapi dengan empat menerima alat bantuan pernafasan,” katanya. – 13 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen