Hanya Kuching masih zon merah Covid-19 di Sarawak


Desmond Davidson

KUCHING satu-satunya kawasan di Sarawak yang masih berstatus zon merah Covid-19 selepas daerah bersebelahan, Samarahan beralih ke zon kuning.

Timbalan Ketua Menteri Douglas Uggah dalam laporannya berkenaan pandemik itu berkata di sidang dewan undangan negeri berkata, sementara Samarahan menyertai tujuh daerah lain – Tebedu, Lundu, Sibu, Bau, Serian, Bintulu dan Limbang beralih ke zon kuning, daerah Miri yang berpopulasi tinggi kini berubah dari zon kuning ke zon hijau.

Dalam sidang itu, beliau berkata 31 daripada 40 daerah kini dikategorikan sebagai zon hijau.

Sebanyak 543 kes jangkitan pandemik Covid-19 dilaporkan di negeri itu, dengan 17 kematian.

Uggah berkata pada masa ini hanya 166 kes aktif dilaporkan di negeri itu dengan majoriti dirawat di hospital besar Sarawak di Kuching.

Katanya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana yang dipengerusikannya, membuat keputusan untuk membenarkan aktiviti ekonomi dibuka secara berperingkat bermula esok kerana negeri itu memenuhi enam kriteria ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk menarik balik sekatan daripada perintah kawalan pergerakan.

Walaupun mengakui masih banyak perlu dilakukan, beliau berkata keseimbangan perlu dilakukan antara kesihatan masyarakat umum dan kesan pandemik itu terhadap ekonomi negeri. – 11 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen