Covid-19 ragut lebih 280,000 nyawa di seluruh dunia


Seorang lelaki memakai topeng muka berdiri di jalan lengang semasa perintah berkurung di Istanbul, Turki, bagi mencegah penularan Covid-19. – Gambar EPA, 11 Mei, 2020.

KORONAVIRUS meragut sekurang-kurangnya 280,693 nyawa sejak wabak pertama kali muncul di China pada Disember lalu, menurut perkiraan daripada sumber rasmi yang dikumpul AFP pada 1900 GMT, Ahad.

Sekurang-kurangnya 4,070,660 kes koronavirus didaftarkan di 195 negara dan wilayah. Daripada jumlah tersebut, sekurang-kurangnya 1,354,100 kini dianggap pulih.

Perkiraan menggunakan data yang dikumpulkan oleh AFP daripada pihak berkuasa negara dan maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mungkin hanya mencerminkan sebilangan kecil dari jumlah jangkitan yang sebenarnya.

Banyak negara hanya menguji kes yang paling serius.

Amerika Syarikat (AS) mempunyai jumlah kematian tertinggi dengan 79,058 daripada 1,321,223 kes. Sekurang-kurangnya 212,534 diisytiharkan pulih.

Britain pula adalah negara kedua tertinggi dengan 31,855 kematian daripada 219,183 kes.

Ia diikuti Itali dengan 30,560 kematian dan 219,070 kes; Sepanyol dengan 26,621 kematian dan 224,390 jangkitan; dan Perancis dengan 26,380 kematian dan 176,658 kes.

China - tidak termasuk Hong Kong dan Macau - setakat ini melaporkan 4,633 kematian dan 82,901 kes. Ia mempunyai 78,120 kes pulih.

Eropah melaporkan 156,111 kematian daripada 1,731,314 kes; AS dan Kanada 83,868 kematian dan 1,389,226 kes; Amerika Latin dan Caribbean mencatat 20,167 kematian dan 361,642 kes; Asia 10,576 kematian dan 292,561 kes; Timur Tengah mencatat 7,585 kematian dan 225,379 kes; Afrika 2,261 kematian daripada 62,266 kes; dan Oceania 125 kematian daripada 8,276 kes. – AFP, 11 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen