JUMLAH kes koronavirus yang disahkan di Afrika Selatan mencecah 10,000, termasuk 194 kematian, kata Menteri Kesihatan Zwelini Mkhize pada Ahad.
“Sehingga hari ini, jumlah kes Covid-19 yang disahkan di Afrika Selatan adalah 10,015,” kata menteri itu dalam satu kenyataan.
“Kami memantau dengan prihatin bahawa gabungan Cape Barat dan Cape Timur merangkumi 84% daripada jumlah kes baru,” tambah Mkhize.
Angka kematian sebanyak 194 adalah pertambahan sebanyak lapan orang daripada jumlah sebelumnya.
Afrika Selatan adalah negara Afrika sub-Sahara paling teruk terjejas.
Sejak 1 Mei, kerajaan secara beransur-ansur melonggarkan langkah pengurungan yang dilakukan pada akhir Mac bagi membendung penyebaran virus. – AFP, 11 Mei, 2020.
Komen