Wuhan catat kes baharu Covid-19


Jumlah keseluruhan kes di China mencecah 82,901 dengan 4,633 kematian selepas wabak itu mula muncul pada Disember tahun lepas. – Gambar AFP, 10 Mei, 2020.

WUHAN mencatatkan satu kes jangkitan baharu Covid-19 selepas lebih sebulan tidak merekodkan kes.

Bandar China itu menjadi lokasi utama penularan wabak maut itu pada Disember tahun lalu yang menyaksikan lebih empat juta kes jangkitan di seluruh dunia dengan lebih 280,000 kematian direkodkan.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China turut melaporkan kes dua digit pertama di seluruh negara selepas hampir 10 hari tanpa sebarang kes baharu.

Sebanyak 14 kes jangkitan direkodkan dalam tempoh 24 jam dengan dua kes daripadanya merupakan kes import.

Jumlah keseluruhan kes di China mencecah 82,901 dengan 4,633 kematian.

Tiada kematian terbaharu dilaporkan dalam tempoh hampir sebulan.

Beijing melaksanakan perintah berkurung di bandar Wuhan dan kemudiannya keseluruhan wilayah Hubei bermula 23 Januari bagi mengekang wabak itu.

Susulan penurunan kes, China mula menarik semula perintah itu pada hujung Mac. – AFP, 10 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen