10 hari untuk uji Covid-19 penduduk PJ, kata KP Kesihatan


Bede Hong

Anggota tentera memasang pagar berduri di sekitar Petaling Jaya selepas kawasan itu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Mei, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan akan mengambil masa 10 hari untuk menjalankan pemeriksaan Covid-19 ke atas 2,900 penduduk di sekitar pasar basah Jalan Othman di Petaling Jaya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kawasan itu kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) yang berkuat kuasa hari ini sehingga 23 Mei selepas 27 kes Covid-19 dikesan di kawasan tersebut.

Beliau berkata penduduk di situ mesti bertenang dan tinggal di dalam rumah kerana bantuan akan disalurkan.

“Ia akan mengambil masa 10 hari untuk siasatan. Saya ingin menasihati penduduk agar tinggal di rumah, melindungi warga emas dan bertenang. Semoga dengan pengesanan kes yang aktif kita dapat mengenal pasti kes positif dalam kalangan penduduk.

“Dan jika ada kes positif, kita harus segera mengenal pasti kontak terdekat dan meletakkan mereka di pusat kuarantin,” katanya.

Noor Hisham memberi jaminan bahawa penduduk akan dibantu sepanjang tempoh tersebut. – 10 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen