Angka kematian akibat Covid-19 Brazil kini lebih 10,000


Brazil kini mencatat 10,627 kematian dan 155,939 kes yang disahkan, kata Kementerian Kesihatan negara itu. – Gambar EPA, 10 Mei, 2020.

JUMLAH kematian akibat pandemik Covid-19 di Brazil, negara Amerika Latin paling teruk terjejas, kini melebihi 10,000 kes.

Brazil kini mencatat 10,627 kematian dan 155,939 kes yang disahkan, kata Kementerian Kesihatan negara itu.

Sao Paulo, yang mempunyai hampir 46 juta penduduk, merekod lebih daripada 44,000 kes dengan 3,600 kematian setakat ini.

Manakala Rio de Janeiro yang berpenduduk lebih 16 juta mengikuti di belakang dengan 16,929 kes Covid-19 dengan 1,653 kematian.

Gabenor Sao Paulo dan Rio de Janeiro mengarahkan sekatan pergerakan dilanjutkan sehingga hujung bulan ini walaupun ditentang Presiden Jair Bolsonaro. 

Bolsonaro berkata langkah itu akan menjejaskan ekonomi di kedua-dua negeri terbabit.

Lebih 277,000 kematian akibat Covid-19 daripada 4,001,437 kes dilaporkan di seluruh dunia sejak virus itu dikesan di China pada Disember tahun lalu. – AFP, 10 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen