Malaysia catat 54 kes baharu Covid-19


Petugas kesihatan lengkap berpakaian pelindung berehat sebentar ketika menjalankan ujian saringan Covid-19 di Chow Kit pada 6 Mei lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Mei, 2020.

KES baharu Covid-19 turun kepada 54 kes hari ini berbanding 68 orang semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada keseluruhan kes baharu hari ini, 41 kes melibatkan bukan warganegara tempatan.

Selain itu, satu kes import turut dilaporkan daripada keseluruhan kes hari ini.

“Ingin dimaklumkan bahawa daripada 54 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu kes import dilaporkan. 

“Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 53 kes, di mana sebanyak tiga kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Satu kematian turut direkodkan hari ini, menjadikan keseluruhan kes meningkat kepada 108.

Kes keseluruhan jangkitan pula kini mencecah 6,589 kes.

Sebanyak 65 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. 

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,929 kes atau 74.8% daripada jumlah keseluruhan kes. – 9 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen