Perkeso tidak akan guna kit ujian pantas Covid-19


Ia selari dengan garis panduan terkini Kementerian Kesihatan (KKM) yang hanya mengiktiraf RT-PCR sebagai kaedah ujian saringan, kata Perkeso dalam satu kenyataan hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Mei, 2020.

PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak akan menggunakan Rapid Test Kit (RTK) Antibody bagi ujian saringan Covid-19.

Ia selari dengan garis panduan terkini Kementerian Kesihatan (KKM) yang hanya mengiktiraf Reverse Transcriptase-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) sebagai kaedah ujian saringan, 

“Perkeso mengambil maklum garis panduan terkini daripada KKM mengenai saringan Covid-19 yang hanya mengiktiraf RT-PCR sebagai
kaedah saringan. 

“Kami juga turut mengambil maklum keputusan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara pada hari Jumaat (8 Mei 2020) berkenaan perkara yang sama. 

“Sehubungan itu, ujian saringan Covid-19 menggunakan kaedah RT-PCR sahaja dan tidak menggunakan kaedah RTK Antibody,” kata Perkeso dalam satu kenyataan hari ini. 

Perkeso menjalankan ujian saringan menerusi Program Saringan Prihatin (PSP).

PSP Perkeso bermula dengan Fasa I melalui ujian RT-PCR dan akan disusuli dengan Fasa II melalui ujian RTK Antibody.  

Perkeso juga berkata ujian saringan diwajibkan ke atas pekerja asing di sektor pembinaan atau yang bekerja di zon merah sahaja.  – 9 Mei, 2020.       


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen