BRAZIL, negara Amerika Latin paling teruk terjejas akibat pandemik Covid-19, semalam melaporkan 751 kematian baharu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian mencecah hampir 10,000, kata Kementerian Kesihatan negara itu.
Manakala kes jangkitan yang disahkan dalam tempoh 24 jam lalu sebanyak 10,222, menajdikan jumlah keseluruhan kini 145,000 kes.
Sao Paulo, yang mempunyai 45.9 juta penduduk, merekod lebih daripada 41,000 kes dengan 3,416 kematian setakat ini.
Perniagaan tidak penting dan sekolah di negeri itu diarahkan tutup mulai 24 Mac lalu, dan arahan sekatan pergerakan dilanjutkan sehingga hujun bulan ini.
Langkah itu mendapat kritikan Presiden Jair Bolsonaro, yang berkata penutupan perniagaan akan melumpuhkan ekonomi Brazil. – AFP, 9 Mei, 2020.
Komen