Malaysia catat 68 kes jangkitan baharu Covid-19, 88 kes pulih 


Ragananthini Vethasalam

Malaysia merekodkan lebih banyak kes pulih berbanding kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Mei, 2020.

MALAYSIA terus merekodkan lebih banyak kes pemulihan Covid-19 berbanding kes baharu yang mana 88 pesakit didiscaj dan dibenarkan pulang dalam tempoh 24 jam berbanding 68 kes jangkitan baharu.

Daripada 68 kes baharu hari ini, 57 melibatkan warga asing, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan kepada 6,535.

Menurutnya, empat daripada kes terbabit adalah kes import - tiga dari United Kingdom dan satu dari Amerika Syarikat.

Jumlah keseluruhan kes pulih kini 4,864.

Sementara itu, jumlah kematian kekal 107 yang mana tiada kematian dilaporkan hari ini. – 8 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen