Perjalanan rentas negeri perlu ikut laluan ditetapkan 


Ragananthini Vethasalam

Umat Islam yang melakukan perjalanan rentas negeri dinasihat agar menyediakan makanan untuk berbuka ketika dalam perjalanan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Mei, 2020.

MEREKA yang dibenarkan melakukan perjalanan rentas negeri perlu mengikut laluan yang diluluskan, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

“Destinasi dinyatakan dalam permohonan kepada polis.”

“Sekiranya destinasi adalah Kuala Lumpur dari Johor misalnya, seseorang itu tidak boleh singgah di rumah abangnya di Melaka untuk berbuka puasa,” katanya pada sidang media harian perintah kawalan pergerakan hari ini.

Beliau turut menasihatkan kepada umat Islam agar menyediakan makanan untuk berbuka ketika dalam perjalanan.

Perjalanan merentas negeri dibenarkan mulai semalam hingga Ahad bagi mereka yang terkandas di kampung halaman ketika PKP dikuatkuasakan 18 Mac lalu, dan mahu pulang ke kediaman masing-masing.– 8 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen