Kuala Langat, Connaught kini zon hijau Covid-18


KUALA Langat dilaporkan satu-satunya daerah di Selangor yang bebas jangkitan Covid-19 setakat tengah hari semalam, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Daerah itu melaporkan jumlah keseluruhan 32 kes.

Tiga daripada sembilan daerah di Selangor, iaitu Petaling, Hulu Langat dan Gombak adalah zon merah, sementara yang lain dikategorikan zon kuning.

Connaught di Kuala Lumpur yang melaporkan tujuh kes jangkitan, kini sifar jangkitan aktif.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan daerah yang sifar kes aktif kepada 113.

Sementara itu, jumlah zon merah kekal 10 sementara zon kuning berkurangan kepada 78.

Zon merah dikategorikan bagi kawasan yang merekodkan lebih 41 kes, zen oren (20 hingga 40 kes), zon kuning (satu hingga 19 kes) dan zon hijau (tiada kes).

Sebanyak 39 kes jangkitan baharu dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 6,467 kes di seluruh negara. Jumlah kematian masih 107. – 8 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen