Angka kematian Covid-19 di Afrika boleh cecah 190,000, kata WHO


Negara kecil seperti Algeria, Afrika Selatan and Cameroon berisiko tinggi melainkan langkah pencegahan yang berkesan dilaksanakan, kata WHO. – Gambar EPA, 8 Mei, 2020.

PERTUBUHAN Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran angka kematian akibat Covid-19 di Afrika boleh mencecah sehingga 190,000 sekiranya langkah pencegahan gagal diambil.

WHO memetik kajian baharu pejabatnya di Brazzaville yang mendapati antara 83,000 hingga 190,000 orang boleh maut dan 29 hingga 44 juta orang boleh dijangkiti dalam tempoh setahun.

Kajian tersebut berdasarkan model ramalkan dan meliputi 47 negara di benua Afrika yang mempunyai 1 bilion penduduk, kata pertubuhan kesihatan itu dalam satu kenyataan.

Pakar berulang kali memberi maran bahawa Afrika sangat mudah terdedah kepada jangkitan penyakit disebabkan kekurangan infrastruktur kesihatan, kadar kemiskinan yang tinggi dan pemberontakan.

Bagaimanapun, jumlah jangkitan Covid-19 belum mendadak setakat ini, seperti yang berlaku di Eropah, Amerika Syarikat dan negara lain.

“Model ini meramalkan kadar penularan yang lebih perlahan, bilangan individu dengan penyakit kronik dan angka kematian yang lebih rendah jika dibandingkan dengan negara yang terjejas teruk di seluruh dunia.

“Namun, kadar penularan yang perlahan ini menunjukkan jangkitan wabak akan berlaku sehingga beberapa tahun,” tambah kenyataan WHO.

Pengarah Serantau WHO untuk Afrika Matshidiso Rebecca Moeti berkata walaupun pandemik Covid-19 tidak akan tersebar mendadak di Afrika seperti negara lain di dunia, bilangan kawasan panas secara beransur akan meningkat.

“Covid-19 akan jadi berada dalam kehidupan kita untuk beberapa tahun akan datang, melainkan kerajaan di wilayah ini mengambil tindakan proaktif.

“Kita perlu menguji, mengesan, mengasing dan merawat,” tambah Moeti.

Negara kecil seperti Algeria, Afrika Selatan and Cameroon berisiko tinggi dijangkiti melainkan langkah pencegahan yang berkesan dilaksanakan, kata WHO. – AFP, 8 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen