Hampir 267,000 orang maut akibat Covid-19 


Lebih 3,806,440 kes Covid-19 dilaporkan di 195 negara setakat ini. – Gambar EPA, 8 Mei, 2020.

PANDEMIK Covid-19 telah meragut 266,919 nyawa di serata dunia sejak mula dikesan di China pada Disember lalu, menurut angka rasmi yang diperolehi AFP sehingga 3 petang semalam.

Lebih 3,806,440 kes dilaporkan di 195 negara dan wilayah setakat ini. Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 1,197,100 disahkan sembuh sepenuhnya.

Jumlah itu diperoleh daripada pihak berkuasa kebangsaan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), namun tidak menggambarkan jumlah kes sebenar dunia berikutan kebanyakan negara hanya melakukan ujian saringan kepada kes jangkitan serius.

Dalam tempoh 24 jam semalam, sebanyak 95,826 kes baharu dengan 6,372 kematian direkodkan di seluruh dunia.

Amerika Syarikat (AS) mendahului angka kematian sebanyak 2,862, diikuti Brazil (615) dan Britain (539).

Bagi jumlah keseluruhan pula, AS merekod 74,844 kematian daripada 1,244,119 kes Covid-19. Sekurang-kurangnya 189,910 orang disah sembuh sepenuhnya.

Britain berada di belakang AS dengan 30,615 kematian daripada 206,715 jumlah keseluruhan kes, diikuti Itali dengan 29,958 kematian daripada 215,858 kes, Sepanyol (26,070 kematian daripada 221,447 kes) dan Perancis (25,987 daripada 174,791 kes).

China kecuali Hong Kong dan Macau sehingga kini mencatat 4,633 kematian daripada 82,881 kes Covid-19. Seramai 77,957 orang disahkan sembuh di negara itu.

Eropah mencatat 151,576 kematian daripada 1,655,117 jumlah kes Covid-19, AS dan Kanada sebanyak 79,328 daripada 1,308,935 kes, Amerika LAtin dan Caribbean (16,489 kematian daripada 305,604 kes), Asia (10,001 kematian dan 269,025 kes), Timur Tengah (7,335 kematian daripada 206,208 kes), Afrika (2,065 kematian daripada 53,334 kes) dan Oceania (125 kematian daripada 8,223 kes). – AFP, 8 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen