KUALA Lumpur kini di senarai teratas dilaporkan kes Covid-19 yang aktif dengan jumlahnya meningkat kepada 438 kes setakat tengah hari semalam, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Daripada kesemua daerah di ibu kota, kes aktif di Batu melonjak kepada 90 daripada 71 kes yang dilaporkan sehari sebelum itu.
Bagaimanapun, berdasarkan statistik disediakan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) menunjukkan jumlah zon merah di Kuala Lumpur kekal empat.
Kes aktif di ibu kota Kuala Lumpur kekal 156, menjadi kawasan paling banyak jumlah pesakit Covid-19 di seluruh negara.
Kawasan lain diisytiharkan sebagai zon merah ialah Kampung Baru (68 kes aktif) dan Sri Petaling (47).
Selangor berada di tempat kedua selepas Kuala Lumpur dengan 219 kes aktif, diikuti Sarawak (199) dan Johor (178).
Kementerian menetapkan tiga kategori kawasan jangkitan: zon merah ialah kawasan dengan sekurang-kurangnya 41 kes aktif Covid-19, zon kuning (1 hingga 40 kes) dan zon hijau tiada kes akti.
Setakat tengah hari semalam, zon merah berkurangan kepada 10, sementara zon kuning kini 79, dan jumlah zon hijau meningat kepada 112. – 7 Mei, 2020.
Komen