Beralih ke digital atau PKS lenyap, kata menteri


Sheridan Mahavera

Usahawan PKS perlu beralih kepada digital untuk memastikan mereka dapat kekal dalam pasaran, susulan digitalisasi kini berkembang pesat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Mei, 2020.

PENGUSAHA industri kecil dan sederhana (PKS) perlu beralih kepada digital atau mereka akan lenyap apabila digitalisasi memainkan peranan besar bagi “kebiasaan baharu” dalam dunia pasca koronavirus, kata Mustapa Mohamad hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata desakan bagi digitalisasi lebih luas bagi kalangan PKS akan menjadi keutamaan dalam Rancangan Malaysia ke-12 yang sedang dirangka dan akan bermula tahun depan.

“Koronavirus secara drastik mengubah lanskap ekonomi. Digitalisasi berkembang dengan sangat pesat,” katanya menerusi rancangan bual bicara Malaysia Hari Ini di TV3.

“Jika anda PKS dan anda tidak ada kapasiti untuk beralih kepada digital, maka anda akan terkeluar,” katanya yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ekonomi. – 7 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen