PUTRAJAYA terpaksa menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bagi mengelak lebih ramai kehilangan kerja, selepas 520,000 orang hilang pendapatan dalam tempoh dua bulan lalu akibat sekatan pergerakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed.
Mustapa yang bertanggungjawab dalam hal ekonomi berkata pada masa sama ekonomi dianggarkan mengalami kerugian RM63 bilion susulan pentupan hampir semua perniagaan, dalam usaha menghentikan rantaian jangkitan Covid-19.
“Sekarang Malaysia sudah hilang kira-kira 520,000 pekerjaan. Berdasarkan kepada ramalan Bank Negara, kita bakal hilang 1.8 juta pekerjaan jika kita tidak buat apa-apa,” kata Mustapa pada rancangan Malaysia Hari Ini di TV3 pagi ini.
“Dan seperti apa yang perdana menteri kata, kita mengalami kerugian sebanyak RM63 bilion dan berdepan untuk rugi RM2.4 bilion sehari,” katanya dalam menjustifikasikan keputusan kerajaan untuk melonggarkan sekatan bagi kebanyakan perniagaan bermula 4 Mei lalu. – 7 Mei, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen